Wednesday, December 26, 2012

Seni Keibubapaan



Tuhan telah memberkati kita dengan penciptaan manis Nya, kanak-kanak. Hati Ibu berdegup dalam diri kanak-kanak itu, impian bapa dilihat dalam mata anaknya. Menjaga anak-anak kita, menghabiskan masa dengan mereka, pegangan mereka di tangan kita, memerhatikan mereka berkembang, mendidik mereka tentang nilai dan adab dan ini semua adalah sebahagian dari proses keibubapaan dan keibubapaan adalah seni.

Jika kita menjaga perkara-perkara ini, maka proses keibubapaan akan bertukar paling indah dan gembira. Ini adalah perkara-perkara yang sangat kecil dan kita mungkin mendapati mereka sukar untuk dihadam, tetapi hakikatnya ialah bahawa perkara-perkara kecil ini boleh membawa banyak perubahan. Perkongsian di bawah bukanlah tips namun ia adalah cadangan semata-mata yang mungkin menambah lebih banyak warna untuk seni keibubapaan.


Kenali Anak Kita

Ia bukan sahaja tentang apa makanan yang mereka suka, warna kegemaran mereka atau rancangan TV. Walaupun, kita telah mengenali diri mereka dari hari mereka dilahirkan, namun masih terdapat banyak lagi perkara yang boleh diteroki. Kita perlu tahu tentang apa yang mereka suka dan minat. Perkara yang merunsingkan mereka dan apa yang mereka rasakan penting dalam hidup mereka. Ini semua boleh membantu anak kita melalui zaman kanak-kanaknya dengan lancar dan matang.


Penggunaan Masa Kualiti

Dalam gaya hidup sekarang, semua orang berada dalam tergesa-gesa. Pejabat, tugas harian, bekerja keras untuk memenuhi keperluan rumah, menghadiri majlis-majlis sebagai obligasi sosial, huru-hara masa sangat besar. Walau bagaimanapun, dalam semua ketergesaan ini, ramai kita yang terlupa bahawa kita sedang melakukan semua ini untuk anak-anak kita dan perkara yang paling penting bahawa anak-anak kita mahu keberadaan kita dan masa kita.

Tarik nafas dalam-dalam, cuba kita fikirkan bilakah kali terakhir kita menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak kita? kita perlu memahami bahawa sebagai ibu bapa, kita adalah yang paling dekat dengan anak kita. Jika kita tidak  memberikan mereka masa, mereka mungkin masuk ke dalam tingkah laku yang buruk hanya demi mendapatkan perhatian kita.Untuk mengelakkan situasi ini, kita perlu untuk memberi masa kepada anak kita.


Nikmati Masa Main Bersama

Apa lagi yang boleh menjadi lebih baik daripada ini? Apabila bermain dengan anak kita, kita mungkin merasakan bahawa zaman kanak-kanak kita telah datang kembali. Bermain dengan kereta, anak patung Barbie, tanah liat atau gambar warna. Tukar peranan ibu bapa kepada peranan kawan, saya percaya ia tidak begitu susah. Apabila kita bermain dengan anak kita, mereka mendapat seorang sahabat, kawan dan kita akan mendapat mengenali anak kita lebih baik. Ini akan menambah kegembiraan dan amanah dalam hubungan ibu bapa dan anak-anak


Tidur - Masa Terbaik 
         
Saya tahu tanggungjawab pejabat kita, kerja rumah rumah dan komitmen sosial mengikis habis tenaga kita.Sehingga apabila suasana menjadi gelap dan kita semua bersedia untuk berbaring di atas katil kita, hampir tiada lagi tenaga yang tersisa untuk menumpukan perhatian kepada anak kita. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah bahawa tidur adalah masa terbaik untuk meningkatkan hubungan kita dengan anak kita. Baca cerita kepada mereka sehingga mereka tertidur, mungkin cerita para sahabat, cerita pendidikan , dongeng atau apa-apa yang mereka boleh menikmati mendengarnya.Paling kurang hanya bercakap kecil sebelum tidur dan memberi ciuman mesra kepada mereka.

Wednesday, November 28, 2012

Takrifan Motivasi

Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan 

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."


2. Motivasi Sebagai Pendorong 

Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:

"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."


3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan 

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:

"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."


4. Motivasi Sebagai Stimulator 

Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:

"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini."


5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian 

Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.

Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan bahawa:

"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."


Petikan dari sumber (Hakcipta Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin

Tuesday, November 27, 2012

Belajar Memimpin Daripada Rasulullah

Assalamualaikum.

Saya baru membaca buku 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia Karangan Michael Hart. Beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW tokoh yang paling teratas. Menunjukkan betapa hebatnya Rasulullah dalam aspek kepimpinan menyebabkan saya merasa berbangga menjadikan beginda sebagai idola saya.

Teringat kata hikmah tentang aspek kepimpinan rasulullah.

"Kita boleh mencintai orang lain tanpa memimpin mereka tetapi kita tidak boleh memimpin orang lain tanpa memimpin mereka"

Saya akan cuba mencontohi kehebatan baginda dan menyebarkan kebaikan keseluruh alam.